Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: CARA MERAWAT IMPETIGO ATAU KUDIS BUTA PADA ANAK KECIL

9 Mei 2017

CARA MERAWAT IMPETIGO ATAU KUDIS BUTA PADA ANAK KECIL

APA ITU IMPETIGO

Impetigo atau kudis buta adalah keadaan kulit yang sangat mudah berjangkit. Ia biasanya berlaku di muka, leher, dan tangan kanak-kanak dan bayi. Impetigo jarang terkena kepada orang dewasa.


Impetigo disebabkan oleh dua bakteria :

*pyogenes streptococcus
*staphylococcus aureus.

JENIS-JENIS IMPETIGO IALAH :

1) Impetigo Contagiosa

Impetigo jenis ini adalah dimana wujudnya keropeng atau luka berwarna merah pada wajah dan ia biasanya nampak di bahagian nulut dan hidung. Ia nya biasa di alami oleh kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun kerana sistem imun anak yang belum kuat

2) Bullous Impetigo

Jenis impetigo ini muncul di bahagian tengah badan antara pinggang dan leher atau boleh juga terjadi pada lengan. Jenis ini banyak menyerang kanak-kanak bawah usia 2 tahun.

3) Ecythma

Jenis impetigo yang dapat menyerang kulit dermis. Luka yang dialami akan terasa sakit, memiliki cairan atau bernanah.

SIMPTOM-SIMPTOM IMPETIGO :

*Kudis merah yang muncul dengan mudah dan meninggalkan kerak kuning
*Lepuh berisi cecair
*Ruam gatal
*Luka-luka kulit
*Nodus limfa bengkak
*Penyebab Impetigo
*Impetigo berlaku apabila terdapat bakteria tertentu menjangkiti kulit.

Ini boleh berlaku dalam beberapa
cara yang berbeza, seperti:

*Bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
*Menyentuh barang kepunyaan individu yang mengalami impetigo seperti tuala, katil, dan mainan
Kecederaan kepada kulit
*Gigitan serangga
*Gigitan haiwan

Rawatan untuk impetigo adalah bergantung kepada jenis impetigo. Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat sapu antibiotik atau ubat makan antibiotik.

LANGKAH PENCEGAHAN

Jika anak anda mempunyai impetigo, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi mencegah ianya daripada merebak iaitu :

*Menggunakan sabun antibakteria untuk mencuci tangan

*Menggunakan tuala yang bersih atau kertas tisu untuk mengeringkan badan atau tangan

*Membasuh pakaian dengan air panas

*Membersihkan kawasan di dalam rumah dengan produk antibakteria

*Memastikan kuku pendek

*Mengelakkan pergi ke sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak semasa jangkitan boleh berjangkit

*Tidak boleh berkongsi barang

*jaga kebersihan diri

Testimoni anak yang berjaya sembuh dengan produk Shaklee:

Ni anak saya yang nombor 3. Umur 3 tahun. Baru ni kena impetigo. Doktor bagi ubat anti fungal lagi teruk jadinya. Sebelum jumpa doktor kali kedua saya sapu dulu vivix, lepas sapu takde dah kawasan infection tu keluar jadi air. Jadi kering. Sambil tu anak ambil antibiotik juga.Sekarang alhamdulillah clear kulit muka dia, dah hensem balik dah.



Jika sekiranya ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang terkena jangkitan impetigo ini boleh cuba tips yang Saya kongsikan di atas.


Mahu cuba vivix boleh hubungi Saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Sungai Petani , Ambangan Heights , Sungai Lalang , Amanjaya Mall (c mart), Bedong,Laguna Merbok saya merupakan pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah dan sekitarnya

Eida Ruzaidah Rahman
Email: ieydamirrah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-4868608


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign