Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: RAHSIA RESIPI CHEESE TART SEDAP DAN GEBU

13 November 2015

RAHSIA RESIPI CHEESE TART SEDAP DAN GEBU

Cheese tart memang makanan kegemaran kami berdua... yang lain2 tu x suka...tpi cheese tart ni x boleh makan selalu...sebab menambahkan lemaks..hihi...

Sebelum ni rajin membeli..je.. bila terasa nak makan...order jee. ..esok mesti dah dapat n boleh makan...Di sebabkan kami ni hantu cheese tart bila beli makan berebut. Dan x cukup....so try google cara2 nak buat cheese tart ni... esoknya terus pi kedai bakery beli bahan2...

Kalau korang x de masa nak buat shell nya beli jer yang ready made kat kedai bakery... blik tinggal buat krim cheese...Pic kat bawah ni cheese tart yg berjaya di hasilkan hihi... Cheese tart Blueberry..Cheese tart Cokelat dan Cheese tart strawbery +cokekat... dan hasilnya memang sedapppp.... sangat..krim cheese gebus....hihi...


RESIPI ASAL : BLOG MASAM MANIS

BAHAN KULIT TART /SHELL TART

170gm marjerin atau butter

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak..jgn smpi hangus ye...hihi



Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.

**NOTA** : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust@shell menjadi keras..

Untuk filing ikut kita suka rasa apa.. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, lemon untuk buat filling cheese tart ni.

Bahan-Bahan untuk filing ni boleh beli dari kedai2 menjual bahan buat kek dan kuih... Kalau rajin boleh juga buat sendiri. Tapi akak beli je...
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan-bahan untuk membuat cream cheese pula.


CREAM CHEESE GEBU

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Selepas cream cheese dah siap..masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dan picitkan di atas filing shell tadi.


Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar lagi sehingga masak...


**NOTA ** : semasa membakar guna api atas bawah tapi akak letak dekat rak bawah.

~M♡M♡ H's Love~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign