Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: RAWAT KAYAP SEBELUM PARAH DENGAN SHAKLEE

13 Disember 2016

RAWAT KAYAP SEBELUM PARAH DENGAN SHAKLEE

Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.

 

Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.

Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.

Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.

Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.

TANDA-TANDA JANGKITAN KAYAP

*Kayap biasanya akan menyebabkan radang urat saraf. 
Ia menyerang satu-satu kawasan tubuh sahaja seperti dada dan muka.

SIMPTOM AWAL JANGKITAN KAYAP

*Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian saraf terlibat

*Demam, kepenatan dan sakit kepala.

*Selepas itu tanda-tanda kulit pula akan muncul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tompok-tompok merah yang memedihkan akan kelihatan. Selepas sehari dua, muncul pula gelembung-gelembung air kecil. Air tersebut berwarna kekuningan.

*Lebih kurang 2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi berubah warna menjadi keruh dan lama-kelamaan gelembung tersebut akan kering. Kulit kering tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua.

RAWAT KAYAP DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Penyakit kayap ini disebabkan oleh sistem imun yang lemah. Maka cara terbaik untuk memulihkan jangkitan kayap ini dengan membantu badan kita meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan jangkitan virus tersebut.

Antara supplemen Shaklee yang sesuai ialah Vivix, Nutriferon dan Garlic Complex. Gabungan ketiga-tiga vitamin ini dapat membantu pesakit supaya sembuh dengan lebih cepat. 

 

TESTIMONI

 


 

 

 
 Hubungi saya segera untuk konsultasi lanjut

Fb: Eida Ruzaidah Rahman

PAGES :Hugsmirrah E_Shope   

Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823

Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah COD Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya Mall, Bedong dan sekitarnya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign