Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: APA ITU FIBROID DAN BAGAIMANA IA TERJADI????

19 Mei 2014

APA ITU FIBROID DAN BAGAIMANA IA TERJADI????

Apa itu fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya. 
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim. 

















Jenis-jenis fibroid


Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes dan juga rawatannya.



Fibroid submukus 


terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.



Fibroid intramura

la adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.



Fibroid subserous 

tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.



Fibroid pedunkel 

Berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.



Fibroid submukus dan intramural 

lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.



Fibroid interliganmentous

Tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.



Fibroid parasitik
Paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Semoga sedikit sebanyak memberi info pada kita khususnya kaum Wanita...

-------------------------------------------------------------------------
Dapatkan Supplement Shaklee yang bersesuaian dengan fibroid , Anda boleh hubungi kami 


PAGES :Hugsmirrah E_Shope   


Email: ieyda_mirrah@yahoo.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823

Pengedar Shaklee Ambangan heights,Bandar baru Sungai Lalang, Laguna Merbok,
 Amanjaya Sungai Petani dan sekitarnya

-------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign