Anemia ketika Hamil boleh memberi kesan pada bayi iaitu Bayi Cacat atau Lahir Pramatang...
Semasa kehamilan, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Jika tak dapat cukup zat besi atau lain-lain nutrien tertentu, badan mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel-sel darah merah yang diperlukan.
Anemia terjadi apabila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. sel darah merah ni sangat-sangat penting kerana dia yg membawa masuk oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan kita.
Pada kebiasaannya jika anda alami anemia ringan ketika hamil anda mungkin akan alami anemia akan lebih teruk jika anda tidak cuba untuk atasi masalah ini
Anemia boleh buat anda merasa cepat letih, tidak larat dan rasa lemah. Jika berlarutan dan tidak dirawat ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang.
JENIS ANEMIA SEMASA MENGANDUNG
*Kekurangan zat besi
*kekurangan folat
*Kekurangan vitamin B12
MENGAPA TERJADINYA ANEMIA
1. Anemia kerana kekurangan zat besi.
Anemia ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah.
Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi maka darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.
2. Anemia kerana kekurangan folat.
Folat, juga dikenali sebagai asid folik, adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Ketika mengandung, wanita perlu folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak boleh menghasilkan cukup sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan.
Sebab tu kalau kita mengandung.. nurse dan doktor suruh kita ambil asid folik
Kesan Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti kecacatan tiub neural (spina bifida) dan bayi yang kurang berat.
3. Anemia kerana kekurangan vitamin B12.
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Wanita mengandung jika tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah.
Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur lebih berisiko besar mengalami kekurangan vitamin B12, yang boleh memberi kesan kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural dan juga boleh membawa kepada kelahiran pramatang.
SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA SEMASA KEHAMILAN
*Kulit, bibir dan kuku nampak pucat
*Rasa letih atau lemah
*Pening
*Sesak nafas
*Degupan jantung cepat
*Kurang daya perhatian/tumpuan
*Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang jelas. Jadi pastikan anda mendapatkan ujian darah
*Kesan buruk jika anemia tidak dirawat Bayi lahir pra-matang atau bayi mengalami kekurangan berat
*Kemurungan selepas bersalin
*Bayi alami anemia
*Anak mengalami masalah perkembangan
*Bayi dengan kecacatan kelahiran yang serius daripada tulang belakang atau otak (kecacatan tiub neural-spina bifida)
BAGAIMANA CARA MENCEGAH ANEMIA
Untuk mengelakkan anda alami anemia semasa mengandung, pastikan anda mendapat cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan ambil lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet anda seperti:
*Daging, ayam, ikan
*Sayur-sayuran hijau gelap (seperti bayam, brokoli)
*Bijirin diperkaya dengan zat besi
*Kacang dan tauhu
*Telur
Tips : Jika ingin dapatkn penyerapan zat besi yang maximum anda boleh ambil makanan ini bersama dengan makanan yang kaya vitamin C. Sebagai contoh, anda boleh minum segelas jus oren dan makan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan pagi.
Anda perlu memilih makanan yang tinggi dalam asid folik untuk membantu mencegah kekurangan folat.
SET KEHAMILAN SHAKLEE
OsteMarix
sumber kalsium utama terutama buat yang loya nak telan susu ibu hamil etc, dilengkapi dengan Vitamin D, magnesium untuk penyerapan kalsium yang optimum. Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
Vita-Lea Multivitamin
Multi vitamin dan multi mineral yang SEMULAJADI (bukan sintetik) yang membantu ibu mendapat semua nutrisi yang diperlukan tubuh semasa hamil, bayi juga mendapat manfaatnya secara tidak langsung.
Sustained Release Vita-C
Membantu ibu mengekalkan kesihatan yang baik, yang mana Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem terutama yang mudah terkena selsema, batuk dan demam
B-Complex (lengkap Asid Folik)
dilengkapi dengan semua vitamin B yang diperlukan tubuh untuk proses sistesis makanan serta keperluan & kesihatan tubuh
OmegaGuard
Kaya dengan sumber Omega 3 & 6, yang membantu perkembangan otak, mata & saraf bayi. Tinggi kandungan EPA & DHA dalam setiap kapsul
ESP
protein soya yang rendah glycemic index, rendah gula, membantu membekalkan tenaga ibu agar kekal cergas sepanjang hari
NAK ORDER SET KEHAMILAN SHAKLEE ??
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Fb: Eida Ruzaidah Rahman
PAGES :Hugsmirrah E_Shope
Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823
Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah COD Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya Mall, Bedong dan sekitarnya
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan