Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK SECARA ONLINE DI MAYBANK2U

30 September 2016

CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK SECARA ONLINE DI MAYBANK2U



Dapat lagi SMS dari Maybank, minta tukar kad debit Maybank sedia ada kepada kad baru berciri pin. Korang boleh tukar kad debit Maybank ini secara percuma di cawangan Maybank, ataupun secara online melalui laman Maybank2u.


Sebelum ni pi jugak cawangan maybank dengan baby... dari pintu dah nampak ramainya orang yang menunggu giliran untuk tukar kad...

Masuk jugak tanya ada borang ke apa2 yang nak kena isi tak...org maybank hulur borang... dah siap isi...tunggu jugak sambil dukung baby ni...naik sado dah lengan ni berdukung...

Last-last tak sanggup nak menunggu akak balik...

Bila dapat tahu penukaran kad boleh di lakukan secara online di maybank2u apa lagi terus klik online hihi...

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Di Maybank2u

(1) Login ke akaun Maybank2u.

(2) Home -> Klik pada Card Management. Nak klik pada gambar kad ceri (belah kiri) pun boleh. 



(3) Klik pada ATM/Debit Card. Pilih kad debit yang betul, dan klik “Replace Card”.






(4) Isikan maklumat yang betul di borang “Card Replacement”. Pastikan alamat penghantaran betul...




(5) Ikut sahajalah arahan di skrin sehingga siap. Jangan lupa klik setuju pada terma dan syarat. Perlukan nombor TAC di sini, jadi siap sedia smartphone di sebelah.





Ok, siap! Mudah sahaja kan. Dalam 5 minit pun boleh siap proses tukar debit kad Maybank secara online nie. Tak perlu buang masa beratur panjang di bank kan... Kemudian, tunggu  sahajalah kad debit Maybank baru bercirikan Pin & Pay, di hantar terus ke rumah kita dalam masa 14 hari bekerja.

Kad Bank Baru Berciri PIN Untuk Keselamatan
Sebenarnya, bukan Maybank sahaja. Kebanyakan bank lain juga sedang dalam proses menukarkan kad-kad bank sedia ada, kepada kad baru berciri PIN.

Selepas ini penggunaan tandatangan untuk setiap  transaksi pembelian akan dihentikan  Ini merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan keselamatan kad bank kita. 
Ia juga bantu mengelakkan kad kita dari terlibat dengan urusniaga tanpa kebenaran, dan sebarang aktiviti penipuan.

share pada kawan-kawan korang ye..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign