Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: APA ITU PENYAKIT BATU KARANG?

10 Oktober 2016

APA ITU PENYAKIT BATU KARANG?

APA ITU PENYAKIT BATU KARANG??

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Hasil carian imej untuk RAWAT BATU KARANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE


APA YANG MENYEBABKAN BATU KARANG ?


Banyak faktor dan penyebab yang menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

1.Kurang air — Kurang minum air, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya jika anda yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

2.Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah yang sama.Jika anda yang pernah mendapat batu karang  perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.


3.Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.


4.Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.


5.Penyakit  — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).


6.Jika Anda  ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.


7. Anda yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.


8. Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang 


9. Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pengambilan kurang serat dalam diet seharian (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.


10.Kurang bergerak atau bersenam — Jika Anda  kurang bergerak, jarang bersenam  lebih berisiko tinggi, kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG

 Rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin.

Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.

Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.

Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.



JENIS BATU KARANG


Ada empat jenis batu karang yang perlu anda ketahui iaitu:

Hasil carian imej untuk RAWAT BATU KARANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE


Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.


Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.


Batu asid urik — Batu terbentuk daripada asid urik, hasil sampingan daripada metabolisma protein.

Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Kebiasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

*Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.


*Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

*Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

*Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.


*Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.


*Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

*Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.


*Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU 
MERAWAT PENYAKIT BATU KARANG



• B Complex - Membantu mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan

• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman

• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi

• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut



Untuk dapatkan supplemen shaklee boleh hubungi saya :

Fb: Eida Ruzaidah Rahman

PAGES :Hugsmirrah E_Shope   

Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823

Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah COD Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya, Bedong  dan sekitarnya





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign