Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: 6 TIPS UNTUK IBU HAMIL TIDAK MUNTAH SEMASA MINUM AIR GULA

11 Oktober 2016

6 TIPS UNTUK IBU HAMIL TIDAK MUNTAH SEMASA MINUM AIR GULA


"Alamak, risaunya nak kena minum air gula minggu depan.

Hish...kenapalah sekarang semua ibu mengandung kena minum air gula," keluh Hana yang sedang mengandung lima bulan kepada rakannya.

Kebanyakan ibu hamil akan rasa tidak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mereka membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis perlu melalui kerongkong tekak mereka... dana paling menakutkan akan rasa hendak termuntah... bila dah termuntah kena ulang lagi minum...adududu




Tetapi kenapa agaknya semua ibu hamil mesti minum air gula?

Air gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bagi memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Rata-rata ibu hamil yang melalui ujian ini menyatakan air gula itu tidak sedap dan meloyakan. Kalau anda sedang hamil dan bakal melalui ujian ini, lakukan tip berikut bagi membantu diri anda minum air gula tanpa masalah. Selamat minum air gula..hihi

1. Jaga pemakanan
Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.

2. Berpuasa
Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi, masih dibenarkan untuk minum. Walau bagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.

3. Minum dengan cepat
Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekali gus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.

4. Kumur mulut selepas minum
Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tak langsung ini dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.

5. Berehat di tempat yang selesa
Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.

6. Jangan terus makan makanan berat
Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.

Semoga 6 tips ini dapat membantu ibu-ibu hamil tidak rasa loya atau termuntah semasa minum air gula...

Sumber : majalah pa&ma




Untuk Ibu-ibu hamil yang mencari supplemen /vitamin untuk menambah tenaga, supaya tidak mudah letih sepanjang kehamilan dan dalam pada masa yang sama boleh membantu mengurangkan risiko terkena kencing manis ketika hamil... 

Ibu-ibu  boleh mencuba set Kehamilan 2 dalam1 dari Shaklee ini..

Hubungi saya :

PAGES :Hugsmirrah E_Shope   

Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823

Pengedar Shaklee Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya Mall, Bedong  Sungai Petani Kedah dan sekitarnya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign