Selalu kena sakit tapak dan tumit kaki? Memang susah nak tahu puncanya kan? Tiba-tiba ja rasa sakit. Bangun dari tidur atau dari tempat duduk tiba-tiba rasa sakit. Berdiri lama-lama pun boleh jadi sakit tumit. Sebelum kita tengok cara yang sesuai bagaimana nak rawat sakit tapak kaki atau tumit ni, mari kita tengok dulu punca-punca macamana sakit ni boleh terjadi.
Kenapa tapak kaki atau tumit jadi sakit?
Menurut beberapa artikel yang maksu baca, sakit tapak kaki atau sakit tumit ni boleh jadi disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang (inflammed) atau disebut dalam bahasa perubatannya "Plantar Fasciitis". Ianya terjadi apabila kita menggunakan tapak kaki secara berlebihan dan menyebabkan Plantar fascia menjadi tegang (sila rujuk gambar di bawah).
Bila ini berlaku, sakit tumit atau Heel Spurs pun boleh terjadi.
Antara factor-faktor yang menyebabkan Plantar Faciitis dan Heel Spurs boleh terjadi adalah :
*Bekerja di tempat yang memerlukan anda berdiri dengan lama.
Senaman yang berlebihan.
*Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.
*Kencing manis senang merosakkan Plantar Fascia.
*Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
*Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
Apakah rawatan yang sesuai untuk mengurangkan sakit tapak kaki dan tumit ni?
*Kalau boleh, hindarkan berdiri atau berjalan di dalam tempoh yang lama tanpa sebab.
*Rehatkan kaki sebanyak mungkin.
*Duduk jika ada peluang.
*Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.
*Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.
*Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.
*Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.
*Menggunakan betik muda. Gunakan betik yang betul-betul muda. Letak atas api dan bakar hingga agak hangus (bakar sebelah sahaja). Bila dah hangus, alihkan dan alaskan dengan kain. Gunalah beberapa lapis kain untuk tak nak panas sangat. Letak kaki / tumit yang sakit tu atas betik tadi. Letak kaki sampai betik jadi suam. Bila dah suam, alihkan kain, letak kaki saja sampai betik tu berlubang. Letak kaki di situ sehingga betik dah sejuk.
Kalau petua orang-orang tua, awal-awal pagi suruh berjalan kaki ayam di atas rumput yang ada air embun.
Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dan bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit.
Ubat dan Supplement
Kalau berjumpa doctor, doctor akan bagi ubat anti-radang ataupun kalau sakitnya teruk sangat, doctor akan berikan suntikan untuk meredakan kesakitan. Tapi anda pun tahu kan ubat hospital lebih bersifat dadah dan kelegaan yang sementara
Sebagai alternatif anda boleh juga mengamalkan supplemen/vitamin yang lebih selamat, mesra alam dan berkesan dari Shaklee iaitu :
Ostematrix
Mengandungi Kalsium dan Magnesium untuk menghindarkan kerepuhaan pada tulang dan menguatkan jisim tulang.
Mengandungi Kalsium dan Magnesium untuk menghindarkan kerepuhaan pada tulang dan menguatkan jisim tulang.
Untuk yang ada bajet lebih boleh tambahkan :
Omegaguard
sumber omega-3 minyak ikan terbaik. Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan pada tapak dan tumit kaki.
Joint health tablet
campuran (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Menyokong pergerakan dan kelenturan sendi.
Jadi, yang mana satu pilihan anda? Yang semulajadi atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin memberi kesan sampingan pada anda. Lagipun kelegaan bersifat sementara kan? Tentulah anda pilih yang semulajadi bukan?
BAGAIMANA CARANYA SAYA NAK ORDER OMEGA GUARD, OSTEMATRIX DAN JOINT HEALTH TABLET YANG BEST NI
Untuk order boleh hubungi
Fb: Eida Ruzaidah Rahman
Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823
Pengedar
Shaklee Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok,
Amanjaya, Bedong Sungai Petani Kedah dan sekitarnya
Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823
Pengedar Shaklee Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya, Bedong Sungai Petani Kedah dan sekitarnya
Pengedar Shaklee Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya, Bedong Sungai Petani Kedah dan sekitarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan