Pengedar Shaklee Sungai Petani - 0134868608: 8 TIPS BERPANTANG SECARA MODEN DAN TRADISIONAL

23 September 2016

8 TIPS BERPANTANG SECARA MODEN DAN TRADISIONAL

Tips Berpantang  Gabungan Tradisional & Moden
Image result for gambar orang dalam pantang
Tips berpantang ini yang saya amalkan dari anak pertama hingga keempat... so untuk ibu-ibu baru boleh ambil tips-tips ini untuk rujukan semasa berbantan nanti...Mana tahu tips ini membantu para ibu yang bakal bersalin nanti kan?  


 1) Pemakaian Bengkung 

Pemakaian bengkung ni wajib pakai tau... Biasanya mak-mak kita akan suruh sapu sedikit kapur bercampur titisan jus limau atau jamu kat perut. Supaya bekas2 rekahan @stretchmark pada perut hilang @ pudar... berbekung ni juga akan cepatkan proses untuk kempiskan perut. Selain tu, kita pun lebih selesa dan yakin nak bergerak... 


2) Stokin

Stokin ni pun satu perkara yang wajib ibu-ibu selepas bersalin pakai...Stoking ni bertujuan nak elakkan badan kita supaya tidak masuk angin.
3) Amalan Bertungku 

Bertungku pun antara perkara yang tak boleh tinggal. Dengan bertungku, ia akan cepatkan proses kecutkan rahim serta dalaman. Di samping tu, darah-darah kotor dan beku pun cepat keluar. Nanti korang boleh tanya bidan cara bertungku yang betul. Sekaligus dapat naikkan peranakan.
4) Berurut 

Berurut selepas bersalin memang perlu sebabnya badan kita sakit2 masa proses bersalin, lenguh-lenguh badan...sekepas berurut ni kita akan rasa badan segar dan ringgan... biasanya ada yg berurut 3hari berturut-turut ada juga yg ambil seminggu ... dan akan sambung berurut selepas habis pantang 44 hari... bagi yang bersalin czer boleh juga berurut tapi urut bahagian tertentu sahaja... 


 5) Menu Makanan Berpantang 

Menu orang berpantang ni biasanya masakan jenis rebus,bakar,stim...Air yang di minum pon air suam... 


  6) Minum Air 

Kalau ikutkan mak-mak kita dulu diorng mesti tak bagi minum air banyak. Pengambilan air kosong ini penting bagi mengelakkan kita terhidrat di samping  membantu penghasilan susu. Sebaik-baiknya para ibu minum air suam dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.   



7) Berpantang Ais 

Dugaan bila berpantang dalam cuaca panas .. tengok org minum ais sedapnya kan... tpi kita inu-ibu yg dalam berpantang ni tidak boleh minum air ais Sebabnya boleh buat badan kita mudah sakit-sakit. Kalau boleh, berpantang selama 6 bulan daripada mengambil ais. Kalau dapat 1 tahun lagi bagus...hihi   

 
8) Jamu vs Supplemen Moden

Jamu atau vitamin ini terpulanglah kepada individu. Tapi dalaman memang perlu jaga. Cuma jamu ni biasanya bila baby kuning kita tidak boleh makan jamu sebab panas... dan bila baby tidak tahan akan menyebabkan cirit birit....

Kalau nak pilih vitamin  sebagai jamu moden pun boleh juga. Tapi pastikan yang ianya betul-betul selamat dan berkesan.   Apa yang penting, jangan ambil mudah berpantang ye ibu-ibu. Masa ni memang tak terasa apa-apa.

Tengoklah nanti, baru 30-40-an, badan dah sakit sana-sini. Lagipun, berpantang ni adalah peluang keemasan untuk para ibu jadi semakin cantik macam anak dara dulu.
Asalkan berpantang dengan betul-betul walaupun tidak terlalu terlampau.


 


 Inginkan berpantang mudah, cepat dan berkesan  dengan supplemen/vitamin shaklee boleh

 hubungi saya : 

Fb: Eida Ruzaidah Rahman

PAGES :Hugsmirrah E_Shope   

Email: ieydamirrah@gmail.com
No. Hp: 013-4868608
Shaklee Independent Distributor No 890823

Pengedar Shaklee Ambangan Heights, Bandar Baru Sungai Lalang, Laguna Merbok, Amanjaya, Bedong  Sungai Petani Kedah dan sekitarnya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VITAMINS_SUPPLEMENTS SHAKLEE Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign